Kesan dan rawatan Sarin

Sarin memiliki kemeruapan (kadar keupayaan sesuatu bahan bertukar menjadi gas atau wap)[9] tinggi relatif kepada agen saraf yang sama; justeru, amat berbahaya jika dihidu dan kepekatan pada tahap wap pun dapat menmbusi kulit. Pakaian seseorang dapat melepaskan Sarin bagi tempoh lebih kurang 30 minit selepas ia terkena gas Sarin, dan ini boleh membawa kepada pendedahan kepada orang lain.[10] Orang yang diresapi dos yang tidak membawa maut akan tetapi lambat menerima bantuan perubatan boleh mengalami kerosakan sistem saraf yang kekal.

Sarin boleh membunuh walaupun pada kepekatan amat rendah. Kematian boleh berlaku seminit selepas dos maut bahan ini dimakan melainkan penawar, lazimnya atropin dan pralidoxime, diberikan dengan cepat. [4] Atropin, sejenis antagonis kepada reseptor muskarin kolinergik diberikan bagi merawat gejala-gejala fisiologi keracunan. Oleh sebab respons otot dihubungi melalui reseptor asetilkolina nikotinik, atropin tidak memulihkan gejal-gejala otot. Pralidoxime berkemampuan untuk menjana semula kolinesterase jika diberikan dalam tempoh masa lima jam selepas pendedahan. Biperidan, sejenis antagonis asetilkolina buatan manusia, dicadangkan sebagai pilihan kepada atropin memandangkan biperidan dapat menembusi sawar darah otak dan kemujarabannya yang lebih tinggi.[11]

Sarin 26 kali lebih kuat daripada sianida.[12] LD50 (dos maut 50) Sarin yang disuntik di bawah kulit dalam tikus ialah 172 μg/kg.[13] Treatment measures have been described.[14]

Gejala-gejala awal berikutan pendedahan kepada Sarin termasuk hidung berhingus, perasaan terhimpit di bahagian dada dan pencerutan pupil (anak mata). Sejenak kemudian, mangsa akan mengalami kesukaran bernafas dan loya dan air liur meleleh. Mangsa terus hilang keupayaan untuk mengawal fungsi tubuh dan mula munta dan membuang air besar dan air kecil. Fasa ini diikuti sentakan otot dan ketaran. Akhirnya, mangsa mengalami koma dan mati lemas sambil mengalami siri spasma.

Rujukan

WikiPedia: Sarin http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.7583.... http://www.csmonitor.com/USA/DC-Decoder/2013/0426/... http://gestis-en.itrust.de/nxt/gateway.dll?f=templ... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=FP(... http://www.bt.cdc.gov/agent/sarin/basics/facts.asp http://www.cdc.gov/niosh/ershdb/EmergencyResponseC... http://fdasis.nlm.nih.gov/srs/srsdirect.jsp?regno=... http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/summary/summary.cg... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10353814 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10877003